Rilekss jap...! Kisah Wak Man
Cerita, nama dan tempat ialah rekaan semata. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau pun yang sudah tiada.
Al kisah, tersebut sebuah cerita mengenai seorang penduduk kampung pendalaman di negara Pasir Berdengung bernama Wak Man. Wak Man bekerja sebagai penoreh getah disebelah pagi dan berkebun disebelah petang.
Hasil penat lelah Wak Man itu dapatlah dia menyara kehidupan anak isterinya yang seramai 5 orang semuanya.
Walaupun sibuk bekerja hampir setiap hari, Wak Man juga ada kegemaran nya. Kegemaran Wak Man ialah menyumpit. Sekiranya ada masa lapang, Wak Man akan pergi menyumpit tupai, burung dan unggas di belukar dan hutan di hulu kampung.
Binatang yang disumpit itu, Wak Man akan mengeraskannya dengan kapur barus untuk dibuat perhiasan atau Wak Man menjualnya kepada rakan-rakan yang berminat.
Pada satu petang, ketika pergi menyumpit, Wak Man ternampak seekor Chimpanzee sedang bergayut diatas pokok. Dalam hati Wak Man berkata, jarang jumpa chimpanzee. Kalau dapat disumpit, tentu boleh dibuat perhiasan yang canggih.
Wak Man meng'adjust' kan jarum dan sumpit ke arah Chimpanzee tadi. Zooooommm Wak Man meniup. Jarum tadi dengan tepat mnuju kearah Chimpanzee.
Tetapi, ada satu perkara yang sungguh tak di sangka-sangka berlaku. Chimpanzee tadi nampak jarum yang laju menuju kearahnya. Chimpanzee sungguh cekap kerana dia dapat menangkap jarum sumpit dengan gengaman tangan nya.
Jarum tadi dilontar balik kearah Wak Man dan terkena dibawah pusat Wak Man.
Wak Man terkena sumpitan libas Chimpanzee dan dia pun menghembuskan nafas terakhir di bawah pokok tempat Chimpanzee tadi bergayut.
Apa daa...ingatkan nak sumpit Chimpanzee, rupanya Wak Man yang kena sumpit.
Moral of the story : Janganlah menzalimi binatang, kerana ia juga makhluk tuhan.